Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampaian

Puisi
 

Merambat di Tanjung Batu,
     Jangan terambat ampaian kain;
Biar lambat syukurnya tentu,
     Jangan supaya ke orang lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Minta ajar.... Ibu menyidai pakaian di ampaian / di atas ampaian?Ayat yang tepat ialah "Ibu menyidai pakaian di ampaian".Tatabahasa04.04.2017
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih.1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian.
2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor.
3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan  'buaya' - dua suku kata. 
4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab.
Tatabahasa16.02.2012
Salam sejahtera. Yang manakah ayat yang betul? 1. Ali mengambil kain pada ampaian. 2. Ali mengangkat kain pada ampaian. Frasa yang manakah yang tepat? 1. Pengajaran dan pembelajaran 2. Pengajaran dan pemudahcaraan (yang baru diperkenalkan oleh KPM. Mengapakah perkhidmatan "Khidmat nasihat" pada carian PRPM ditamatkan? Sebenarnya guru-guru dapat merujuk secara terus jika ada pemasalahan dan dapat diselesaikan tanpa menggunakan e-mel. Sekian, terima kasih.1. Ali mengambil kain pada ampaian dan Ali mengangkat kain pada ampaian. Kedua-dua ayat ini betul, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna mengambil dan mengangkat.

2. Pengajaran dan pembelajaran, kedua-duanya betul lihat www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat maknanya. Tidak ada contoh penggunaan pemudahcaraan, yang ada pemudah cara.  

3. Domain "Khidmat Nasihat" tidak ditamatkan tetapi ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian data.
Tokoh26.12.2014
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian.Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran.Tatabahasa19.02.2012
Antara berikut ayat manakah yang lebih sesuai? 1. Ibu sedang mengangkat pakaian dari ampaian. 2. Ibu sedang mengambil pakaian dari ampaian. Sekiranya ayat berikut betul atau salah. Bolehkah saya tahu mengapa? Atau adakah ayat lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi sama seperti di atas. Terima kasih.Kedua-dua ayat adalah betul. Perkataan mengangkat atau mengambil pakaian kedua-duanya sesuai digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mengangkat bermaksud membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Maksud mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya. Kesimpulannya, konsep mengangkat atau mengambil pakaian dari ampaian sesuai digunakan.Tatabahasa18.04.2018
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING.IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING.Lain-lain21.03.2011
Menjemur baju di andaian, atau Menjemur baju pada ampaian Yang mana betul ?Ayat yang betul ialah "menjemur baju pada ampaian".Tatabahasa17.08.2014
Assalamualaaikum. Apakah jawapan yang tepat bagi ayat berikut.Terima kasih. Dawai ampaian yang (lentur/melentur) itu perlu ditegangkan untuk menyidai pakaian.Jawapan yang betul ialah dawai ampaian yang melentur itu perlu ditegangkan untuk menyidai pakaian.Tatabahasa24.05.2010
Tuan, apakah jawapannya... Ayah menggunakan se___________- dawai untuk menbuat ampaian. gulung atau gelung. Dalam kamus kedua-duanya boleh diterima. ( dalam soalan menunjukkan seorang lelaki sedang memegang _________ dawai dan memasang dawai itu pada ampaian. )Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikitr ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, jika gambar tersebut menunjukkan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung.Tatabahasa29.07.2009
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula.Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula.Tatabahasa02.08.2009
12

Kembali ke atas