Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampaian

Puisi
 

Merambat di Tanjung Batu,
     Jangan terambat ampaian kain;
Biar lambat syukurnya tentu,
     Jangan supaya ke orang lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMPAIAN

Ampaian ialah satu campuran dengan sesuatu

bahan terasing daripada cecair atau gas secara perlahan.

Setiap partikel (zarah) mengandungi banyak atom

atau molekul. Ampaian dapat dilihat dalam bentuk

campuran dua bahan berlainan.

UMUM 
PEMENDAKANProses pembentukan bahan pepejal (mendakan) daripada larutan, ampaian atau koloid (sol).KIMIAProses/Tindak Balas
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas

Kembali ke atas