Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah pepejal yg halus di dlm cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pai.an] | امڤاين

Definisi : 1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampaian

Puisi
 

Merambat di Tanjung Batu,
     Jangan terambat ampaian kain;
Biar lambat syukurnya tentu,
     Jangan supaya ke orang lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lyophilicliofilikFarmasiFarmaseutikSifat sesuatu bahan yang gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofilik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang tinggi antara fasa tersebar dengan fasa penyebar, yang menyumbang kepada kestabilan ampaian.
spray dryingkering semburKejuruteraanTiadaProses mengenyahairkan ampaian dengan cara menyemburkan ampaian itu ke bahagian atas kebuk panas dan serbuk yang telah kering diambil dari bahagian bawah kebuk itu.
pint weightberat painKejuruteraanTiadaBerat satu pain ampaian lempung atau ampaian licau dalam air.
suspensionampaianKimiaTiadaSerakan zarah pepejal atau cecair di dalam medium cecair atau gas. Contoh ampaian pepejal di dalam cecair ialah zarah lemak di dalam susu, manakal contoh ampaian cecair di dalam gas ialah kabut.
disperse systemssistem sebarFarmasiFarmaseutikSistem yang merujuk kepada campuran pepejal dalam cecair (ampaian), pepejal dalam pepejal (ampaian pepejal), cecair dalam cecair (emulsi), gas dalam cecair (busa) dan cecair dalam gas (aerosol).
lyophobicliofobikFarmasiFarmaseutikSifat sesuatu bahan yang tidak gemar berada dalam sesuatu pelarut. Ampaian yang liofobik ialah ampaian yang menunjukkan keadaan afiniti yang rendah antara fasa tersebar dengan fasa penyebar.
plastic flowaliran plastikFarmasiFarmaseutikCiri sistem ampaian yang menurun kelikatannya apabila tegasan ricih ditingkatkan, setelah nilai alah dilampaui. Aliran plastik ditunjukkan oleh ampaian berkepekatan tinggi terutamanya apabila fasa berterusan mempunyai kelikatan yang tinggi atau apabila partikel-partikel berkelompok wujud dalam ampaian tersebut.
dipersionserakanKejuruteraanPetroleumAmpaian partikel yang sangat halus di dalam suatu c ecair, misalnya ampaian koloid di dalam larutan koloid. Serakan dari agregat bererti subpembahagian agregat, misalnya serakan dari partikel lempung. Serakan mengakibatkan peningkatan luas pada permukaan spesifik partikel sehingga meningkatkan pula kelikatan dan kekuatan gel sesuatu cecair.
suspension reactorreaktor ampaianKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan sistem bahan api bendalir dengan bahan mudah belah yang berbentuk ampaian.
herbal suspensionampaian herbaHerbaTiadaSediaan herba yang mengandungi bahan pepejal halus yang tak larut, dan tersebar dalam suatu medium cecair. Ampaian digunakan untuk menyediakan herba yang tak larut dalam bentuk dos cecair. Sediaan ini harus digoncang sebelum digunakan. Contohnya, ubat batuk herba.
12345678910...

Kembali ke atas