Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; ® empang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ringan, mudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISTANA AMPANG TINGGI

ISTANA AMPANG TINGGI, istana Yamtuan Ulin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Kelima (m.m. 1861-1869), yang dikenal juga  dengan gelaran Yamtuan Imam. Istana ini siap dibina pada tahun 1865. Tapak asal istana ini terletak di kawasan sawah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS

SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS, sekolah kerajaan. Sekolah ini ada mulanya terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dibuka untuk murid lelaki dan perempuan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Mother St. Andre, Sister St. Sabine dan Sister Medeleine, kumpulan mubaligh The Sisters of The Holy Infant Jesus, dari Singapura.  Pada mulanya bilangan murid sekolah ini ialah seramai 12 orang iaitu 7 lelaki dan 5 perempuan.  Selepas dua tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 80 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RRIM

RRIM, institut  penyelidikan getah asli yang terbesar di dunia. RRIM ialah singkatan Rubber Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Getah Melaysia. RRIM ditubuhkan pada tahun 1925 dan terletak di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ibu pejabat RRIM terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan RRIM pula terdapat di beberapa tempat seperti Sungai Buloh, Selangor; Kota Tinggi, Johor; dan Bukit Iban, Pahang. Pada peringkat negeri, RRIM menyediakan khidmat nasihat melalui pejabat penasihat di setiap negeri di Malaysia kecuali Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUNTOK

MUNTOK , pelabuhan utama di Pulau Bangka, Sumatera, Indonesia pada abad ke-19. Pulau Bangka mempunyai empat daerah iaitu Muntok, Plangas, Ampang dan Kadiala. Muntok ialah daerah terbesar di Pulau Bangka. Nama Muntok diambil sempena nama Lord Minto, Gabenor Jeneral British di India.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KAMPUNG DATUK KERAMAT

KAMPUNG DATUK KERAMAT,  kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat  mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PELITA MALAYA

PELITA MALAYA,  akhbar harian.  Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu.  Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946.  akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya.  ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’.  Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah.  Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas