Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pér] | امڤيئر

Definisi : (ampére) (Fiz) unit sukatan arus elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pér] | امڤيئر

Definisi : satuan utk menyukar aliran elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampere


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM 
AMPERE, ANDRE MARIE

Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli

matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum

elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia

menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari

menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah

yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan.

Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini

menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia

mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir

melalui kawat yang bergelung bertindak seperti

magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer,

alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik.

UMUM 
METER AMPERE

Meter ampere ialah peranti yang digunakan untuk mengukur kekuatan kadar aliran arus elektrik dalam sesuatu litar elektrik.

FIZIKAlat/Alatan
HUKUM AMPERE

Hukum Ampere, suatu pernyataan secara matematik yang menghubungkaitkan antara  arus elektrik dengan medan magnet yang dihasilkan.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
OERSTED

Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya

untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet

yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar.

Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat

Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena

nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang

merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia

tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak

dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa

digunakan.

UMUM 
AMMETER

Ammeter ialah alat yang mengukur arus elektrik

dalam sesuatu litar dalam unit yang dikenali sebagai

ampere . Terdapat dua jenis asas ammeter– analog

dan digital .

UMUM 
OHM

Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur

rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua

bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi

sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada

bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak

merintang dinamakan pengalir . Bahan yang

banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan

elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan

dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan

arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan

arus ( I ), diukur dalam ampere .

Ohm = volt atau R = E

ampere I

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 

Kembali ke atas