Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pli.tud] | امڤليتود

Definisi : (Fiz) nilai mutlak maksimum yg dicapai oleh sesuatu gangguan pd gelombang atau mana-mana kuantiti yg berubah meng­ikut kala tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pli.tud] | امڤليتود

Definisi : ist takat maksimum atau takat yg paling jauh dr titik keseimbangan pd getaran atau ayunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amplitud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MODULASI FREKUENSI

Modulasi frekuensi, biasanya dikenali

sebagai FM, ialah kaedah menghantar isyarat

bunyi melalui gelombang radio. Modulasi

frekuensi dan modulasi amplitud (AM) adalah dua

cara utama memancarkan muzik dan pertuturan.

UMUM 
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 

Kembali ke atas