Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ALI (TERENGGANU)SULTAN ALI (1915-      ), Sultan Terengganu yang ke-14 (1942-1945). Baginda adalah putera sulung Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dengan Tengku Ampuan Meriam. Baginda diputerakan pada 24 Januari 1915 di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Setelah mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di England (1929). Pada tahun 1932, Majlis Mesyuarat Negeri melantik Tengku Ali sebagai Yang Dipertuan Muda dan waris sultan Terengganu.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MASHUDI KADER

MASHUDI KADER (1943 -     ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor.

BAHASATokoh

Kembali ke atas