Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oxymoronoksimoronKesusasteraanTiadaCantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�.
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaKiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi �Syair Perahu� oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah �kumbang� untuk lelaki dan �bunga� untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan �perahu waktu� merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu �serpihan sabar� dan �selumbar harapan� ditemui dalam sajak bertajuk �Bubu� oleh Mohd Amran Daud: �... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia�. Lihat juga simile.

Kembali ke atas