Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anacardiaceae


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
AnacardiaceaeAnacardiaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebabkan algergi.
sengkuangsengkuangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dracontomelumdao daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mati anak. Gubal kayu sengkuang biasanya berwarna kuning keemasan atau kuning kelabu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu atau kuning kehijauan, dengan jalur coklat dan hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 500 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini sesuai untuk kabinet, perabot, hiasan dalaman, venir hirisan, dan papan lapis.
lelayanglelayangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parishia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sepul, di Sabah ialah layang-layang, dan di Sarawak ialah upi. Tiga spesies utama kayu ini ialah Parishia insignis. P. maingayi, dan P. paucijuga. Gubal kayu lelayang berwarna merah muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat. Kayu lelayang agak sukar dikerjakan, tidak berapa tahan, mudah diserang kumbang bubuk, tetapi mempunyai sifat pengeringan yang baik. kayu ini sesuai yuntuk kerja binaan ringan, lantai, alas angkut dan papan lapis.
macangmacangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Mangifera spp., daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah lanjut, bacang, mangga, mempelam, pauh, dan rawa dan di Sabah ialah asam. Spesies utamanya termasuk Mangifera foetida, M longipetiolata, dan M. quadrifida. Gubal dan teras kayu kayu macang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Kebanyakan pokok macang menghasilkan kor yang berjalur hitam dan coklat muda, dan biasanya berkilau. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 645 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, dan papan lapis. Kornya yang berjalur digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman dan venir hirisan.
merpauhmerpauhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Swintonia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah periang dan berbagai-bagai nama merpauh; di Sabah ialah rengas, dan di Sarawak ialah pituh. Spesies utamanya termasuk Swintonia penangiana, S. schwenkii dan S. spicifera. Gubal kayu merpauh berwarna coklat dan tidak berapa berbeza daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan, mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu merpauh sesuai untuk kerja binaan ringan dan sederhana, kabinet bermutu tinggi bagi kor yang berjalur, kemasan dalaman, dan lantai.
terentangterentangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Campnosperma spp. daripada famili Anacardiaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Campnosperma auriculatum, C. squamatum, dan C. coriaceum. Gubal kayu terentang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan berwarna merah jambu. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 320 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, dengan permukaan yang agak berbulu. Kayu ini kurang tahan tetapi mudah dikeringkan dan diawet. Kayu terentang banyak digunakan untuk mancis, kotak, venir, papan lapis, dan tapak kasut.
kundangkundangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Bouea spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kundangan, merapuh, remia, dan rumenia. Terdapat hanya spesies iaitu Bauea macrophylla dan B. oppositifolia. Gubal kayu kundang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna gelap. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 675 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kundang mempunyai ketahanan yang baik, dan menghasilkan buah yang boleh dimakan.
rengasrengasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Gluta spp. dan Melanochyla spp daripada famili Anacardiaceae. Spesies utamanya ialah Gluta elegans, G. Malayana, Melanochyla bracteat, dan M. kunstleri. Gubal kayu rengas berwarna coklat kemerahan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua dengan jaluran hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus dan bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini agak mudah diproses dan dikemas siap, mengering dengan agak pelahan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Gubal kayunya mudah diserang anai-anai, tetapi mudah diawet berbanding dengan teras kayunya. Kayu rengas sesuai untuk papan, tongkat dan venir hirisan. Kayu ini mengeluarkan sap beracun, yang boleh menyebabkan kulit menjadi bengkak dan gatal apabila disentuh.
otak udangotak udangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil.

Kembali ke atas