Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.é.rob] | انايروب

Definisi : (anaérob) (Bio) organisma yg tidak me­merlukan oksigen atmosfera atau udara utk hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.é.rob] | انايروب

Definisi : /anaérob/ ist organisma yg tidak memerlukan oksigen utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anaerob


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BacillusBacillusBioteknologiTiadaGenus bakteria pembentuk spora, kemoorganotrof, anaerob fakultatif (atau anaerob), berbentuk batang, gram-positif, motil, dan bersifat katalase positif, daripada famili Bacillaceae. Bakteria jenis ini teerdapat di dalam tanah dan air sebagai saprofit, dan sesetengahnya bersifat patogen, misalnya B. anthrax.
methanogenmetanogenBioteknologiTiadaBakteria anaerob yang berupaya menghasilkan metana dan karbon dioksida daripada hidrogen dan asetat, misalnya Methanobacterium, Methanobacillus, Methanococcus dan Methanosarcina. Bakteria metanogen ini terdapat dalam tanah anaerob, kumbahan, dan sistem penghadaman anaerob. Bakteria metanogen penting dalam metabolisme bahan-bahan yang terdapat dalam sistem penghadaman ruminan.
anaerobic oxidationpengoksidaan anaerobKejuruteraanTiadaProses tindak balas anaerob yang menghasilkan metana dan karbon dioksida.
anaerobicanaerobVeterinarTiadaOrganisma yang tidak memerlukan oksigen untuk kehidupan dan perkembangannya. Anaerob boleh juga diertikan sebagai keadaan tanpa oksigen seperti organisma yang tinggal di dalam tanah dan bakteria rumen. Lihat juga aerob.
anaerobic treatmentolahan anaerobKejuruteraanTiadaPenukaran sebatian organik kompleks oleh mikroorganisma anaerob kepada metana, karbon dioksida, sel baru, dan sebatian organik lain.
anaerobic facultativefakultatif anaerobKimiaTiadaKebolehan untuk hidup sebagai mikroorganisma aerob mahu pun anaerob.
anaerobe/anaerobicanaerobBiologiMikrobiologiOrganisma yang tidak memerlukan oksigen bebas untuk melakukan respirasi. misalan anaerob ialah bakteria denitrifikasi.
anaerobic waste treatmentolahan sisa anaerobKejuruteraanTiadaPenguraian jirim organik dan/atau tak organik secara anaerob.
anaerobic lagoonlagun anaerobKejuruteraanTiadaKolam penstabilan sisa yang digunakan untuk mengolah sisa kekuatan tinggi. Kolam ini anaerob keseluruhannya kerana bebanan organik tinggi.
anaerobic pondlagun anaerobKejuruteraanTiadaKolam penstabilan sisa yang digunakan untuk mengolah sisa kekuatan tinggi. Kolam ini anaerob keseluruhannya kerana bebanan organik tinggi. Sinonim: anaerobic lagoon.
12345678910...

Kembali ke atas