Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; anai-anai serangga yg biasanya bersarang dlm tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yg dibuat drpd kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anai

Puisi
 

Tetak tebu tiga batang,
     Patah sebatang digerit anai-anai;
Abang tipu kata nak datang,
     Air mata menjadi sungai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Bermaksud :

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
endosulfansebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃SKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas