Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; anai-anai serangga yg biasanya bersarang dlm tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yg dibuat drpd kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anai

Puisi
 

Tetak tebu tiga batang,
     Patah sebatang digerit anai-anai;
Abang tipu kata nak datang,
     Air mata menjadi sungai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Bermaksud :

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan ayat bagi frasa di bawah. 1. Pekerja anai-anai itu sangat rajin. atau 2. Anai-anai pekerja itu sangat rajin. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Terima kasih.Wa alaikumussalam.

Jawapan yang tepat ialah anai-anai pekerja
Istilah30.09.2014
'Rumah kayu-kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.' Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih

Saudara,

Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi 'Rumah-rumah kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.

Tatabahasa20.10.2009
Salam tuan, adakah asai sama dengan anai-anai? Mksd: 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk).
Menurut data kami, asai ialah  1. sejenis binatang kecil yang memakan kayu, bubuk: rumah papan yang telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk). Manakala anai-anai ialah serangga yang biasanya bersarang dalam tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yang dibuat daripada kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. Oleh itu, kedua-dua haiwan ini tidak sama sifatnya.
Makna14.08.2016
apakah makna perkataan 'tenggiling' yang digunakan dalam aktiviti pertanian (sawah padi) tradisional?Dalam data kami, hanya  terdapat perkataan tenggiling iaitu sejenis binatang yang bersisik dan yang panjang muncungnya untuk memakan semut dan anai-anai, Manis javanica.Tatabahasa13.09.2013
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih.Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima  penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa01.06.2013
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022
Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan?Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow.Tatabahasa23.02.2009
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014
Salam DBP, Saya ingin bertanya tentang kata imbuhan anti. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan anti digabungkan bersama dengan perkataan lain, seperti kata nama asal dan terbitan. Adakah ini dipraktiskan untuk semua jenis kata nama am tidak kira kata nama asal atau terbitan. Dalam internet, kebanyakan kata nama terbitan di eja secara jarak. Cohtoh dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga .antijirim .antikemajuan .antipenjajah Bagaimana perkataan berikut, adakah betul? .antipendarahan .antiperiuk api .antianai-anai .antigolongan syiah .antimoderat .anti-Amerika .anti-Jepun .anti-Hamas Terima kasih.

Seperti yang diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, anti- ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan kata nama am yang mengikutinya kecuali jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang.

Ejaan perkataan yang menggunakan imbuhan anti- yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. antipendarahan
  2. antiperiuk api
  3. antianai-anai
  4. anti-Syiah
  5. antimoderat
  6. anti-Amerika
  7. anti-Jepun
  8. anti-Hamas

 

Tatabahasa02.06.2014

Kembali ke atas