Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nai.a.nai] | انا ي٢

Definisi : sj serangga spt semut, putih warna­nya, membuat sarang dlm tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order Isoptera; busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nai.a.nai] | انا ي٢

Definisi : serangga yg biasanya bersarang dlm tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yg dibuat drpd kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anai-anai

Puisi
 

Tetak tebu tiga batang,
     Patah sebatang digerit anai-anai;
Abang tipu kata nak datang,
     Air mata menjadi sungai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Bermaksud :

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anai-anai di tanah rekah, Mari dikais menimba hari; Masa suka ramai berdekah, Waktu menangis seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rosak tiang beranai-anai. Lama-lama tentulah lapuk; Rosak orang memandai-mandai, Lama-lama tentu beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tak beranai-anai; Baik adat elok orangnya, Elok orang bijak dan pandai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas