Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/] | انق

Definisi : 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan.Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
bagaimanakah hendak menggandakan kata majmuk berbentuk hiasan seperti anak buah? adakah anak-anak buah atau anak buah-anak buah? terima kasih.Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak buah, anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.
Tatabahasa11.09.2013
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka.Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d)Tatabahasa05.03.2010
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuanAnak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak.Tatabahasa27.06.2008
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
Tatabahasa29.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
"Kami ini anak-anak kepada bapa yang sama." Adakah penggunaan "anak-anak" (jamak) dalam ayat ini menyalahi tatabahasa?Ayat yang betul ialah "Kami ini anak kepada bapa yang sama".

Perkataan anak-anak tidak digunakan dalam ayat ini kerana berlaku pelewahan bahasa memandangkan perkataan kami merujuk kepada lebih daripada seorang.
Tatabahasa06.06.2018
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian.Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Tatabahasa28.04.2011
Bolehkah simpulan bahasa digandakan? Contoh anak emas. Bagaimana untuk gandaannya. 'Anak emas-anak emas' atau 'anak-anak emas'?Anak emas apabila digandakan menjadi anak-anak emas. Tatabahasa11.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas