Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keturunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak cucu

Puisi
 

Orang berkayuh dalam perahu,
     Kerana hendak mudik ke hulu;
Minta selamat pengantin baru,
     Dari anak hingga ke cucu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betulFrasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu".Tatabahasa23.06.2012
1. menyimpan banyak kenangan atau banyak menyimpan kenangan? 2. dua suku jam atau dua jam suku? 3. bahagia hingga ke anak cucu atau bahagia hingga kepada anak cucu? 4. tanggapannya terhadap lelaki itu atau tanggapannya tentang lelaki itu?Yang betul ialah banyak menyimpan kenangan. Dua jam suku. Bahagia hingga ke anak cucu. Tanggapan terhadap lelaki itu.Tatabahasa05.04.2007
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

Encik Ishak,

Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

1  (a).  Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu mengandungi maklumat yang rahsia. 

1  (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 

2.   C. sehingga anak cucu

     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
Apakah gelaran dalam keluarga yang digunakan pakai dalam masyarakat Melayu, contohnya: selepas anak, cucu, cicit dan seterusnya. Begitu juga dengan selepas ayah dan ibu, datuk dan nenek, kemudian, moyang, dan seterusnya. Ini kerana saya mendapat tahu pelbagai gelaran yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu sebelum ini seperti selepas cicit, ciut, ciat, dan pelagai lagi. Adakah semua gelaran ini direkod dan disahkan atau sekadar panggilan mengikut negeri atau daerah sahaja...? terima kasih..Dalam masyarakat Melayu peringkat keturunan masih sama seperti anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya cuma kita jarang melihat kepada keturunan yang sudah jauh seperti piut-miut dan piat-piut. Yang berbeza ialah gelarang seperti long, ngah, ude, utih, alang dan sebagainya. Perbezaan ini ada direkodkan dalam buku/makalah yang berkaitan dengan budaya.Istilah11.01.2012
Adakah terdapat perbezaan antara sejak kebelakangan ini dengan sejak belakangan ini ? Bagaimana pula dengan penggunaan 2 kata sendi nama dalam ayat berikut : 1a. Semoga anda berbahagia hingga ke anak cucu. Boleh ke sendi hingga digunakan bersama dengan sendi ke secara berturutan dalam ayat yang sama? lazimnya sejak dari, demi untuk salah kan? tqYang betul ialah sejak belakangan ini; semoga anda bahagia hingga anak cucu; sejak kecil; demi keselamatan.  Tatabahasa03.04.2008
Makna perkataan "keturunan" adakah mengikut pada keturunan bapa atau ibu atau kedua2nya sekali atau boleh dianggap salah satu dari keturunan ibu atau bapa

 Puan Normala,

Jika puan melihat makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat. Manakala bidang antropologi pula kata "patrilineal descent " membawa maksud keturunan nasab-bapa/ keturunan patrilineal. Oleh itu, keturunan sebelah bapa atau ibu boleh digunakan kedua-duanya berdasarkan tafsiran literal seperti di atas.

Istilah03.03.2009
Apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk menandakan susunan keturunan (tiris) dalam TERSILAH keluarga yang bermula dengan MOYANG, Datuk, Anak, cucu, cicit ...........?

Istilah yang sesuai ialah salasilah.

Istilah03.01.2011
assalamualaikum... saya nak tanya ayat untuk membaik atau memperbaiki.tapi tak dapat maklumbalas dari pihak PRPM..web PRPM pula bermasalah.harap maklumMembaik lazimnya digunakan sebagai membaik pulih. Memperbaiki bermaksud berbuat baik kepada dan banyak digunakan dalam sastera klasik seperti "Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba".Makna07.08.2012
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009
Salam sejahtera. Saya ada terbaca artikel tentang susunan kekeluargaan Melayu. Adakah susuan keturunan berikut adalah betul atau sebaliknya? Bapa/Mak - Anak - Cucu - Cicit - Piut - Oneng-oneng - piat.

Mengikut Kamus Dewan, piut ialah keturunan yg kelima (cucu kepada cucu); piut-miut keturunan yang sudah jauh; piat-miut ialah anak cucu yg sudah jauh; manakala oneng-oneng ialah anak piut (keturunan yang kelima).

Istilah27.01.2015
123

Kembali ke atas