Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keturunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak cucu

Puisi
 

Orang berkayuh dalam perahu,
     Kerana hendak mudik ke hulu;
Minta selamat pengantin baru,
     Dari anak hingga ke cucu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat tua berdada lapang, Memberi petua ke anak cucu; Adat dijaga lembaga dipegang, Negeri bertuah umat bersatu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah nangka dibuat gulai, Sudah tentu sedap dimakan; Sudah tua jahat perangai, Anak cucu menjadi korban.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Disimpan dalam raga meranti, Buat bekal mudik ke hulu; Dimaki orang sampai ke mati, Anak cucu menanggung malu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dibilang kata isinya adat, Untuk pegangan anak dan cucu; Orang meninsta hatinya tumpat, Buruk berjalan tegak pun layu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas