Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis yg belum berkahwin dan masih suci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai anak dara sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tojo[t.dZ]kata adjektiftermalu.Die tojo pase kene maki dek anok dare.[di.j« t.dZ pA.sE k«.n« mA.ki de A.n dA.Ä«]Dia termalu kerana dikeji oleh anak dara.
serome[s«.č.m«]kata adjektifberkenaan tingkah laku yang sopan.Ce serome siket perange tu, awok tu anok dare.[tS« s«.č.m« si.ket p«.ÄA.NE tu A.w tu A.n dA.Ä«]Cuba seroma sikit perangai tu, awak itu anak dara.
kelinjat[k«.lin.dZAt]kata adjektifberkenaan tingkah laku seseorang yang tidak senonoh di khalayak ramai.Tok elok anak dare kelinjat tengah orang ramai.[t/ e.lo/ A.nA/ dA.Ä« k«.lin.dZAt t«.NAh o.ÄAN ÄA.mAj]Tidak manis anak dara berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
gete[g«.t«]kata namabinaan tempat tidur pengantin biasanya tinggi sedikit daripada lantai.Orang sebok buat gete anok daro die tu nok kawen.[.ÄAN sE.bo/ bu.wA g«.t« A.n/ dA.č di.j« tu n/ kA.wen]Orang ramai sibuk membuat gete anak dara dia hendak kahwin.
ogeng[.gEN]kata adjektifberkenaan usia seseorang yang dikatakan tidak sepadan dengan kelakuannya.Doh ogeng pon ade ati lagi nok mengorat anak dare.[doh .gEN pon A.d« A.ti lA.gi n/ m«.No.ÄAt A.n/ dA.Ä«]Sudah tua bangka pun ada hati lagi hendak mengurat anak dara.

Kembali ke atas