Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis yg belum berkahwin dan masih suci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai anak dara sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak dara pergi ke Jeddah, Sampai di Jeddah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas