Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara pergi ke Jeddah, Sampai di Jeddah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu. |