Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis yg belum berkahwin dan masih suci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai anak dara sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara pergi ke Jeddah, Sampai di Jeddah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara duduk di pintu, Duduk menunggu padi jemur; Janganlah adik kata begitu, Belasnya abang bila mendengar.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.
123

Kembali ke atas