Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak kucing

Puisi
 

Jangan tutuh keriang dangkal,
     Anak kucing lari balik;
Kalau tuduh jangan menyangkal,
     Cincin di jari pulang balik.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

Bermaksud :

Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cri-du-chat syndromesindrom cri-du-chatBiologiGenetikSindrom pada manusia yang disebabkan oleh kedefisienan pada lengan pendek kromosom 5. Sindrom ini dikaitkan dengan bayi yang dilahirkan kecil, lemah, terencat otak, dan cacat pada larinksnya sehingga menghasilkan tangisan yang berbunyi seakan-akan bunyi mengiau anak kucing. sindrom kenan kucing.
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.
furkidhaiwan manjaanVeterinarTiadaHaiwan peliharaan, kebiasaannya kucing atau anjing yang sangat manja dan sering menemani pemiliknya seolah-olah seperti anak mereka.
Ceratophyllum sp.Ceratophyllum sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang juga dikenali sebagai Hornwort atau Coontail. Ceratophyllum sp. ini kelihatan seperti bulu ekor kucing. Pokoknya pula sering menjadi tempat persembunyian anak ikan. Jenis Ceratophyllum sp. ialah Ceratophyllum demersum.
anestrusanestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan ketidakaktifan seks antara dua kitaran estrus pada mamalia betina. Ovari tidak aktif semasa anestrus. Haiwan betina yang tidak menunjukkan sebarang tanda estrus bagi tempoh yang panjang selepas melahirkan anak sering dikaitkan sebagai anestrus. Di kawasan iklim sederhana, tempoh anestrus yang berlaku pada setiap tahun bagi kucing, kuda, biri-biri, kambing dan beberapa spesies lain agak panjang. Di kawasan tropika seperti Malaysia, anjing mengalami anestrus yang panjang.
leafdaunHerbaTiadaOrgan utama fotosintesis tumbuhan. Daun tumbuh daripada batang atau dahan dan terdiri daripada lamina dan tangkai daun. Daun utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, daun misai kucing, daun teh, daun senamaki dan daun dukung anak.

Kembali ke atas