Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg berasal atau diĀ­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nativeanak negeriUndang-undangTiadaPeribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan.
amalgamationpenggabunganSains PolitikPolitik PerbandinganPenyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan.
aqd mu‘allaqakad bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak dengan syarat. Contohnya, pernyataan "Sekiranya anak saya, Ahmad pulang daripada luar negeri, saya jualkan kereta ini kepada awak". Hukum dan kesan akad bersyarat berkuat kuasa setelah berlaku syarat yang disebutkan itu.
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.

Kembali ke atas