Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : peluru panah, anak busar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda tajam yg di­lancarkan dgn ibu panah, anak busur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda tajam yg dilepaskan drpd busur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : peluru panah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak panah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik?flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik?
"Anak panah lastik' merupakan padanan yang digunakan untuk 'Flying feather' bergantung kepada konteks penggunaannya.
Istilah26.08.2013
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka"

Saudara Zam,

i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan  untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut.  ii. Yang betul sebatang anak panah.  iii.  Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'.  iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul.  Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal.        

Tatabahasa06.08.2009
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam.Lain-lain07.08.2007
Saya merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, perkataan atlet mempunyai penjelasan manakala perkataan atlit mempunyai anak panah yang merujuk kepada perkataan atlet. Ejaan yang manakah yang harus digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi?

Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Oleh itu, ejaan yang betul ialah atlet.

Ejaan23.08.2011
Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR) Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua.............panahnya menepati sasaran. a. busar b. busur c. baur d. sulur pada pandangan saya soalan ini salah sepatutnya anak panah yang menepati sasaran bukan nya busur(tempat melepaskan anak panah) atau juga baur yang mempunyai makna yang sama. Apa komen tuan..Saya sependapat dengan saudara. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk perhatian mereka.Istilah18.05.2011
Salam sejahtera, Apakah maksud simbol ® dalam daftar kata dalam PRPM? Contoh ®zuhur. Terima kasih. NH Azizan - Vavtes Studio -Pada naskhah bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanda yang digunakan ialah tanda anak panah yang apabila data daripada kamus tersebut dimasukkan ke dalam PRPM, tanda itu menjadi ®. 

Tanda anak panah bererti lihat. Tanda tersebut bermaksud pengguna bahasa perlu merujuk kata yang disarankan (biasanya ejaan yang standard/baku).

Contoh:
zohor ® zuhur.

Terdapat penggunaan kata zohor oleh masyarakat yang sepatutnya dieja zuhur. Maklumat mengenai makna kata tersebut juga berada pada entri yang dirujuk, iaitu zuhur.

zuhur [ẓu.hur] ظهر
Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. 
Lain-lain22.11.2023
Assalamualaikum. Jika dirujuk khidmat nasihat tentang ejaan atlet dan atlit, dikatakan bahawa ejaan atlet ialah ejaan yang tepat. Namun demikian, mengapakah ejaan atlit masih terakam di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 88) ? Benar ada anak panah yang mengkehendaki pembaca untuk merujuk atlet (atlit->atlet) di dalam kamus tetapi hal ini telah mengelirukan pembaca kerana selagi entri atlit wujud di dalam kamus, maka masyarakat beranggapan bahawa atlit ialah ejaan yang sah. Sekiranya atlit ialah ejaan yang salah, ada baiknya dipadam sahaja daripada Kamus Dewan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Walau bagaimanapun, kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh tuan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ejaan11.12.2019
Salam. Saya nak tanya, adakah minima dan maksima sistem ejaan lama?

Ya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri “minima” dan “maksima” disertakan dengan tanda anak panah sebagai rujuk silang yang bererti “minima lihat minimum”  dan “maksima lihat maksimum”. Ejaan “minimum” dan “maksimum” ialah ejaan baharu yang standard.  


Ejaan20.07.2021
bolehkah pihak DBP menyemak yang mana satu merupakan ejaan betul? 1) Menafsir/mentafsir 2) nanas/nenas(sbb nenas pun ada di kamus juga) Terima kasih DBP1. Kata terbitan yang betul ialah mentafsir. Tafsir ialah perkataan Arab sama seperti terjemah (menterjemah) dan kata terbitan daripada tafsir tidak mengikut rumus pembentukan kata bahasa Melayu.

2. Ejaan yang betul ialah nanas. Entri nenas ada dalam Kamus DBP, dan diberi tanda anak panah kepada perkataan di hadapannya, iaitu nanas. Ini bermakna pembaca perlu merujuk perkataan di hadapannya.
Ejaan10.04.2022
ini ialah soalan pt3 dan arahannya ialah untuk mengenal pasti satu kesalahan ejaan. soalan:Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji minima sebanyak RM900 sebulan jawapan cikgu saya bagi ialah minima harus ditukar kepada minimum tetapi bila saya lihat kamus dewan minima sama maksud dengan minimum apa perbezaannya?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri minima diletakkan tanda anak panah dan di hadapannya minimum. Ini bermakna pengguna diminta melihat perkataan di hadapannnya, iaitu minimum, bukanlah minima itu maksudnya minimum. Oleh itu, perkataan yang betul ialah minimum.Tatabahasa29.06.2014
12

Kembali ke atas