Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : syarikat yg sebaha­gian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu.
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaTiada
unconsolidated subsidiaryanak syarikat tak disatukanEkonomiTiadaTiada
wholly owned subsidiaryanak syarikat milik penuhPentadbiranTiadaTiada
subsidiary company accountingperakaunan anak syarikatEkonomiTiadaTiada
subsidiaryanak syarikatPentadbiran PerniagaanTiada3. Sesebuah syarikat yang 51% atau lebih modal berbayarnya dikuasai oleh syarikat lain.
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat perniagaan yang dikawal dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian sahamnya oleh syarikat induk, tetapi syarikat ini mempunyai entiti dan piagam sendiri.
reciprocity in conglomerateskesalingan konglomeratEkonomiTiadaPihak konglomerat membeli barang daripada pembekal lain dengan syarat pembekal ini membeli pula barang daripada anak syarikat atau cawangannya.
takaful nasional sendirian berhad (TNSBtakaful nasional sendirian berhad (TNSB)EkonomiEkonomi IslamSyarikat pengendali takaful yang kedua beroperasi di Malaysia selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan merupakan anak syarikat Malaysia National Insurance (MNI) Berhad. Pada mulanya, syarikat ini ditubuhkan pada 20 November 1993 dengan nama MNI Takaful Sendirian Berhad (MNIT), tetapi pada 8 Disember 1998, nama syarikat ini ditukar kepada Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB). Syarikat ini berperanan untuk memantapkan perniagaan takaful di Malaysia dengan melengkapi peranan yang dimainkan oleh STMB. Tindakan kedua-dua syarikat menawarkan produk takaful boleh menjadikan perniagaan takaful lebih cekap dan mampu menawarkan perkhidmatan kepada semua masyarakat sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Kewujudan kedua-dua syarikat pengendali tersebut telah memudahkan pelaksanaan operasi takaful semula antara mereka.
Islamic Insurance Company Malaysia LimitedSyarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)EkonomiEkonomi IslamSyarikat pengendali takaful yang pertama di Asia dan memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 berasaskan kepada Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang memegang 51 peratus daripada sahamnya. Prinsip asas operasi syarikat ini ialah takaful dan mudarabah. Berdasarkan prinsip takaful, syarikat memperuntukkan sebahagian tertentu daripada wang caruman peserta sebagai pembayaran manfaat atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana. Berdasarkan prinsip mudarabah, pihak syarikat melaburkan sebahagian lagi wang caruman peserta untuk mendapatkan keuntungan yang dikongsi bersama peserta mengikut peratus yang telah ditetapkan. Syarikat ini menjalankan perniagaan pelan takaful keluarga dan skim takaful am tanpa menggunakan sistem ejen.
12

Kembali ke atas