Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak yg bapanya sudah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak yatim

Puisi
 

Anak Cina pandai berbaju,
     Sudah berbaju berkancing pula;
Alangkah hina yatim piatu,
     Sudah piatu miskin pula.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim.Tatabahasa26.08.2013
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih.Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". 

Kata sendi "dengan" digunakan untuk:
a) membawa maksud bersama-sama atau berserta
    contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu."
b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
    contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa."
c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat
    contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit."
d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama 
    contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa."

Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya."

"Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 
a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia 
contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid."
b) menyatakan pecahan 
contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan."
c) menyatakan perubahan keadaan 
contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam."

Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,  saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa25.05.2022
Ayat manakah yang tepat? a) Sebahagian hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. b) Sebahagian daripada hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. Adakah 'untuk' dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan 'kepada'?Ayat yang tepat ialah ayat (b) kerana kata sendi nama daripada dalam ayat ini  menyatakan sebahagian daripada semua.  Kata sendi nama untuk dalam contoh ayat ini boleh digantikan dengan kata sendi nama kepada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 dan 276.  Tatabahasa12.07.2009
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQDalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu  atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang".Tatabahasa25.03.2012
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA?Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda.Tatabahasa08.01.2014
______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. A. Seluruh B. Semua C. Sebahagian D. Sesetengah ~ sama ada jawapan C dan D boleh diterima? sama ada "Sebahagian" sama maksud dengan"sesetengah"?Jawapan yang paling tepat  ialah sebahagian.

Tatabahasa24.12.2013
hasil (pada / daripada )jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ke rumah anak-anak yatim. apakah jawapan soalan ini? adakah beza bagi ayat-ayat ini jika kedua-dua kata sendi dikatakan betul? terima kasihAyat yang betul ialah hasil jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ........Tatabahasa12.01.2010
adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya.Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks  penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas  adalah betul.Tatabahasa22.05.2013
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur"Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur.Tatabahasa22.05.2017
1234

Kembali ke atas