Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak yg bapanya sudah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak yatim

Puisi
 

Anak Cina pandai berbaju,
     Sudah berbaju berkancing pula;
Alangkah hina yatim piatu,
     Sudah piatu miskin pula.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutawalla ‘alayhpengurusPerniagaan IslamTiadaPihak yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengurus dan mentadbir sesuatu perkara atau urusan. Contohnya, wasi, penjaga anak yatim, penjaga kanak-kanak dan penjaga orang cacat.
waqf acceptormauquf ''alaihEkonomiEkonomi IslamPihak yang diberi hak untuk menerima manfaat daripada sesuatu harta wakaf. Penerima wakaf boleh terdiri daripada ahli keluarga untuk wakaf zurri atau bukan ahli keluarga wakif untuk wakaf khairi. Penerima wakaf bukan ahli keluarga boleh terdiri daripada golongan khusus seperti anak yatim, fakir dan miskin atau golongan umum seperti orang awam. Anak yatim dianggap golongan khusus untuk menggunakan harta wakaf di pusat penjagaan mereka, manakala orang awam dianggap golongan umum semasa menggunakan masjid yang diwakafkan. Penerima wakaf boleh juga terdiri daripada kafir zimmi tetapi bukan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Terdapat beberapa golongan yang tidak layak menjadi penerima wakaf seperti bayi yang belum lahir, orang yang dijangka akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat atas sebab-sebab tertentu dan institusi yang akan memberhentikan operasinya. Sinonim penerima wakaf.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anakanak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.
special waqfwakaf khasEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf khas tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang dikhususkan kecuali sekiranya terdapat alasan yang diharuskan oleh syarak. Contoh wakaf khas adalah untuk mendirikan masjid, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim.
ghabn fahishkerugian besarPerniagaan IslamTiadaKerugian apabila jual beli barangan dibuat dengan harga yang tidak wajar berdasarkan penilaian pakar atau pasaran. Jual beli ini sah kerana sempurna rukunnya, tetapi tidak beretika disebabkan terdapat unsur penindasan. Contohnya, harga produk RM100 telah dijual beli dengan harga RM500. Urus niaga ini sah kecuali apabila melibatkan harta anak yatim, wakaf atau Baitulmal. Sinonim fahish.
haqqhakPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu, entiti atau jawatan. Kekuasaan ini diberi oleh individu terhadap individu tertentu atau harta tertentu. Contoh kekuasaan bagi individu terhadap individu tertentu ialah hak penguasaan (wilayah) ibu bapa terhadap pendidikan anak-anaknya dan hak perwalian dalam perkahwinan. Contoh kekuasaan individu terhadap harta tertentu ialah hak pemilikan (haqq milkiyyah) dalam kes pemunyaan suatu harta, hak menikmati barang sewaan (haqq intifa‘), hak memiliki (haqq tamalluk) dalam kes hak shuf‘ah, hak penguasaan terhadap harta (haqq wilayah ‘ala mal) dalam kes pentadbiran harta anak-anak yang masih kecil oleh penjaga atau ibu bapanya atau kes pengurusan harta anak yatim. Contohnya, dalam jual beli, penjual berhak mendapatkan wang daripada pembeli dan pembeli berhak mengembalikan barangan yang dibeli sekiranya didapati rosak setelah diterima daripada penjual. Sinonim sultah, haqq intifa‘,haqq milkiyyah, haqq wilayah ‘ala mal.
taghrirpenipuanPerniagaan IslamTiadaPerihal memujuk individu dengan cara yang salah supaya melaksanakan akad. Contohnya, memujuk bakal pembeli dengan memberi gambaran yang tidak benar sehingga menyebabkan satu pihak bersetuju untuk berakad. Penipuan boleh berpunca daripada pihak penjual, pembeli atau orang tengah. Sekiranya wujud kerugian yang besar akibat penipuan, maka pihak yang tertipu diberi hak khiyar kecuali penipuan yang melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal.
social welfarekebajikan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan.


Kembali ke atas