Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/.nda] | انقندا

Definisi : bh, bd anak (biasanya digunakan dlm surat-menyurat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na/.nda] | انقندا

Definisi : anak (digunakan dlm surat-menyurat sbg bahasa halus atau di kalangan raja-raja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anakanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih.Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul.Tatabahasa15.05.2012
adakah perkataan mendudukkan betul?

Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut :   

 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya;

2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;

3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;

Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan.

Tatabahasa19.06.2008
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq

bersama dengan dan bersama boleh digunakan.

Tatabahasa18.09.2011
perbezaan antara " memaklumkan" dan " memaklumi", tolong jelaskan

Salam sejahtera puan,

Sekiranya puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi.
Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui. 

    Contoh ayat bagi memahami ialah :  Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini.

    Contoh ayat bagi memaklumkan ialah : Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja.

Untuk keterangan lanjut eloklah kiranya puan layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan kata kunci bagi perkataan yang hendak dicari.

Tatabahasa01.11.2012
Apakah KGND pertama dan kedua yang digunakan oleh Putera Negeri A apabila bercakap dengan Puteri Negeri B, dan sebaliknya? Adakah mereka menggunakan 'beta' sesama mereka?Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.Tatabahasa30.11.2014
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'?Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya;  Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.Lain-lain25.03.2010
Assalamualaikum. Tuan, saya keliru dengan penggunaan kata 'dimaklumi' dan 'dimaklumkan' serta 'memaklumi' dan 'memaklumkan'. Yang mana satukah yang betul: Jika anda menerima jemputan itu, anda akan dimaklumi/dimaklumkan tentang semua acara susulan. Mohon tuan jelaskan kepada saya maksud dan penggunaannya yang sesuai. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, saudara akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi. Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui.  Contoh ayat bagi memahami ialah  “Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini.” Contoh ayat bagi memaklumkan ialah “Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat sahaja.”
Penggunaan yang betul pada ayat contoh yang diberikan ialah "Jika anda menerima jemputan itu, anda akan dimaklumkan tentang semua acara susulan."

Tatabahasa04.09.2014
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya.Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda.Tatabahasa21.10.2018
Apakah kata ganti nama yang digunakan oleh putera/puteri negara lain ketika bercakap dengan raja/ratu negara lain? Adakah 'patik', 'beta' atau hamba?Dalam bahasa diraja, sesuatu peristiwa bahasa yang melibatkan komunikasi antara dua orang Sultan, gerak rujukan setara tidak berlaku. Ini kerana salah seorang daripada baginda berdua akan meletakkan diri Baginda sebagai rendah pangkat dari segi umur atau hubungan kekeluargaan.  Dengan demikian, salah seorang akan merujuk diri sendiri sebagai “adinda” atau “anakanda”, dan dengan itu Baginda yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “kakanda” atau “ayahanda”.   Tatabahasa30.11.2014
12

Kembali ke atas