Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anaknya

Peribahasa

Takkan harimau makan anaknya.

Bermaksud :

Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuhan telah temukan dia dengan anaknya. atau Tuhan telah mempertemukan dia dengan anaknya. atau Tuhan telah mempertemu dia dengan anaknya.Tuhan telah mempertemukan dia dengan anaknya.Tatabahasa03.11.2016
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya.Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya.Tatabahasa13.04.2012
MORNING saya hendak tanya tentang soalan ini Semua anaknya bekerja. Anak bongsunya tidak bekerja ( kecuali) jwp: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya tidak bekerja . atau Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya .Ayat yang betul ialah: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa23.03.2012
Mana satu betul? a) "Seorang orang buta" atau "Seorang buta"? b) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." c) "Membeli makanan kepada anaknya" ATAU "Membeli makanan untuk anaknya" "Menjahit sehelai baju kepada anaknya" ATAU "Menjahit sehelai baju untuk anaknya". Soalan terakhir, betulkah perkataan "mengemop" tidak wujud dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.

A) Yang betul ialah "Seorang buta".

B) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." - kedua-dua ayat ini betul

C) Yang betul ialah "Membeli makanan untuk anaknya".

D) Yang betul ialah "Menjahit sehelai baju untuk anaknya".

E) Tidak ada contoh penggunaan kata mengemop dalam sumber rujukan kami, kami cadangkan perkataan tersebut ditukar kepada mengelap lantai. 

Tatabahasa27.09.2010
Tuan, Bagaimanakah dengan ayat berikut, adakah perlu dibuat pembetulan. Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya menjadi dua buah bilik lagi menyambut kepulangan anaknya.Ayat ini boleh dibaiki supaya menjadi lebih sempurna struktur dan maknanya seperti yang berkut: Pak Utih dan anaknya sedang menyekat ruang tamu rumahnya supaya menjadi dua buah bilik lagi untuk menyambut kepulangan anaknyaTatabahasa24.07.2008
"Ibu risau nanti," Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut. / "Ibu risau nanti." Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Penggunaan tanda baca yang betul adalah pada ayat yang pertama, iaitu "Ibu risau nanti,"Puan Karina mengingatkan anaknya yang sedang menyikat rambut.

Ejaan19.10.2011
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.Tatabahasa02.03.2019
Tuan, (a) Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. ATAU 2. Encik Lim memperisteri anaknya dengan calon angkasawan. (b) Peribahasa manakah betul: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi. ATAU 2. Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah lelaki)
Encik Lim mempersuamikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah perempuan)


Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk peribahasa yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Lain-lain22.01.2019
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
Soalan : Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Apakah jawapan ayat pasif yang sesuai? Anak Mak Siti dipuji olehnya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. ATAU Anaknya dipuji oleh Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tolong berikan penjelasan, terima kasih.Ayat pasif bagi ayat "Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM" ialah "Anaknya dipuji Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM". Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa30.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas