Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anaknya

Peribahasa

Takkan harimau makan anaknya.

Bermaksud :

Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dukungan1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendukung1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendukung1. membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2. mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum.Kamus Pelajar
biakbanyak kerana sentiasa bertambah (biasanya utk binatang atau tumbuh-tumbuhan); banyak kerana anaknya beranak pula dan seterusnya: Mereka bekerja memelihara tiram supaya hidup ~ sepanjang masa. membiak bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. membiakkan memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. pembiakan perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). pembiak orang yg membiakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biakbanyak kerana sentiasa bertambah (biasanya utk binatang atau tumbuh-tumbuhan); banyak kerana anaknya beranak pula dan seterusnya: Mereka bekerja memelihara tiram supaya hidup ~ sepanjang masa. membiak bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak:Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. membiakkan memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. pembiakan perbuatan, hal dsb) membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman dsb). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). pembiak orang yg membiakkan. biak baka; membiak baka membiakkan baka hasil kacukan antara dua jenis yg ada bersamaannya (bkn binatang atau tanaman). pembiakbakaan proses atau perbuatan membiak baka. pembiak baka orang yg membiak baka.Kamus Pelajar
selubungkain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ibu1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melepaskan1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
alat IIMn jamuan, perjamuan; acang-acang ~ orang yg mengatur jamuan; beralat mengadakan upacara adat (perkah­win­an, perjamuan, dll), mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan anaknya; memperalatkan mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan: tidak sedikit dikeluar­kan wang utk ~ anaknya; peralatan perjamuan, upacara adat: ~ kahwin.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayang1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayang-sayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayang-sayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas