Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.lis] | اناليس

Definisi : IB jurucerakin, pakar kimia yg menjalankan penyelidikan (membuat analisis di makmal dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analisanalPerubatanTiadaTiada
regio analisdaerah anusPerubatanTiadaTiada
dynamic economicsekonomi dinamikEkonomiTiadaLihat analis dinamik.
crop growth rate (CGR)kadar pertumbuhan tanamanBotaniTiadaSalah satu komponen analis pertumbuhan yang mengukur pertambahan berat sesuatu komuniti tanaman bagi satu unit luas kawasan dalam tempoh tertentu. Lihat juga analisis pertumbuhan.
psychoanalytic criticismkritikan psikoanalitikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional.

Kembali ke atas