Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.tik] | اناليتيک

Definisi : 1 (berkenaan dengan penyelidikan, pendekatan dan sebagainya) bersifat analisis: Media mengambil pendekatan yang lebih kritis dan analitik dalam laporannya mengenai parlimen.
2 mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu: Dia mempunyai pemikiran yang analitik.
 (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analitik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pemeriksaan analitik?Analitik ialah Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.Istilah26.04.2010
Salam.. Boleh saya dapatkan kepastian istilah "learning analytics" ditukar ke dalam bahasa Melayu adakah menjadi analitik pembelajaran atau pembelajaran analitik atau ada istilah lain yang didaftarkan. Terima kasihUntuk makluman, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan analytic ialah analisis. Sehubungan dengan itu, dicadangkan padanan bagi rangkai kata learning analytics ialah analisis pembelajaran.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan terjemahan untuk perkataan "learning analytics", adakah betul 'data analitik pembelajaran' atau 'analisis pembelajaran'? analitik berbeza dengan perkataan analisis.Kami mencadangkan istilah "learning analytics" diterjemahkan sebagai "analitik pembelajaran" atau "analitis pembelajaran". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah28.07.2021
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara analitis dan analitik? Atau adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama? Terima kasih.Analitik dan analitis mempunyai maksud yang sama berkenaan dengan penyelidikan, pendekatan dan sebagainya iaitu bersifat analisis, mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu. 

Contoh ayat: Media mengambil pendekatan kritis dan analitik dalam laporannya. 
Makna30.06.2022
saya nak dapatkan maksud analitik dan dialektika

1. Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam 2. Dialektika pula adalah istilah lama bagi perkataan dialektik, bermaksud (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Makna21.01.2010
Assalamualaikum Mana satukah yang betul? 1. Pusat Analitik Data Raya 2. Pusat Analitis Data RayaAyat/frasa yang betul ialah "Pusat Analitik Data Raya"Tatabahasa12.04.2022
Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics."Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2017
Mohon semakan penggunaan perkataan yang betul bagi Bahasa Inggeris, sama ada "Computing" atau "Computerization" bagi terjemahan di bawah :- Bahasa Melayu = Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik Bahasa Inggeris = Department of Intelligent Computing and Analytics / Department of Intelligent Computerization and AnalyticsDBP menyediakan khidmat semakan penggunaan dan terjemahan hanya dalam bahasa Melayu.  Untuk pengetahuan anda, dalam pangkalan data DBP, perkataan computerization diberikan padanan pengkomputeran.  Namun kami tidak mempunyai autoriti menentukan padanan bahasa Inggeris yang betul mengikut konteks yang anda berikan.Lain-lain29.11.2018
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013

Kembali ke atas