Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.log] | انالو

Definisi : 1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg pengendaliannya meng­gunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt voltan, arus, dll) utk mewakili nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analog


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komputer analog(analog computer)Komputer yang menggunakan komponen analog. Pengiraan dalam komputer analog dilakukan dengan mengolah pemboleh ubah fizikal yang merupakan tamsilan pada kuantiti atau nombor yang dikira. Bandingkan komputer digital.Kamus Komputer
penyelakuan analog(analog simulation)Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik.Kamus Komputer
penambah analog(analog adder)Litar penguat berkendali komputer analog yang voltan outputnya ialah jumlah campuran berpemberat voltan input.Kamus Komputer
bacaan analog(analog readout)Kaedah pemaparan nilai ukuran dengan menggunakan kaedah analog melalui bentuk bacaan jarum meter, bacaan isyarat pada tiub sinar katod, bacaan lampu, dan bacaan bunyi. Bandingkan bacaan digital.Kamus Komputer
antara muka analog(analog interface)Sambungan pada komputer yang boleh menerima peranti analog.Kamus Komputer
perwakilan analog(analog representation)Kaedah perwakilan data yang menyatakan maklumat dalam bentuk nilai boleh ubah yang berterusan.Kamus Komputer
isyarat analog(analog signal)Isyarat voltan atau arus yang berubah dengan licin dan berterusan, dan boleh mempunyai lebih daripada dua nilai asas.Kamus Komputer
data analog(analog data)Perwakilan maklumat dalam bentuk fizikal yang perwakilannya mempunyai kaitan yang sama dengan maklumat asal. Bandingkan data digital.Kamus Komputer
penukar analog ke digital(analog-to-digital converter)Peranti yang digunakan untuk menukarkan isyarat analog, iaitu isyarat berterusan yang mempunyai beberapa aras, kepada isyarat digital, iaitu isyarat yang mempunyai dua aras sahaja. Singkatan ADC.Kamus Komputer
analog1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg pengendaliannya meng­gunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt voltan, arus, dll) utk mewakili nombor.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas