Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.lo.gi] | انالوݢي

Definisi : kias, perbandingan (yg memper­lihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mem­punyai) sesuatu sbg analogi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.lo.gi] | انالوݢي

Definisi : 1 persamaan dlm sesuatu hal atau sesuatu sifat. 2 perbandingan sesuatu dgn sesuatu (hal dsb) yg telah berlaku; kias. beranalogi menggunakan analogi: Dia sering ~ dlm membicarakan karyanya. beranalogikan menggunakan sesuatu sbg analogi: Hujahnya ~ fakta yg diperoleh drpd bahan rujukan lama. menganalogikan menjadikan atau membuat sesuatu sbg analogi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analogi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Soalan saya : Adakah 'analogi' sebagai salah satu jenis bahasa figuratif? terima kasih.analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah  kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan).
Menurut istilah Kesusasteraan, analogi merupakan suatu kaedah penyelesaian masalah berasaskan bentuk ungkapan yang telah diketahui dengan yang belum diketahui. 2. Perbandingan di antara dua perkara atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu.

Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

Saudara/saudari boleh menghubungi pakar atau pensyarah sastera di IPT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Saya cadangkan saudara/saudari boleh membaca Rencana fokus Dewan Sastera Oktober 2011 iaitu Bahasa Figuratif Pemanis Bicara oleh Zurinah Hassan untuk lebih memahami bahasa figuratif. Harap maklum.
Tatabahasa02.10.2012
analogiPertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah  kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan).Istilah12.06.2009
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh

Tatabahasa18.03.2009
salam..saya nak tahu apa itu perenggan analogi..boleh berikan contoh?

Fariza,

Sila jelaskan soalan yang disampaikan.Adakah ia berkaitan denga soal bahasa atau melibatkan hal-hal lain.

Lain-lain26.03.2010
salam, sya ingin bertanya maksud analogy yang diberikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.Padanan bahasa Melayu bagi kata analogy ialah analogi bermaksud kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);Lain-lain11.10.2010
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris.Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya.Makna23.07.2007
Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasihSila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992Lain-lain29.10.2007
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011

Kembali ke atas