Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nar.kis.me] | انرکيسمى

Definisi : fahaman (pendirian) bahawa se­gala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan: kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anarkisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green anarchismanarkisme hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauAliran pemikiran dalam anarkisme yang memberikan penekanan khusus terhadap isu alam sekitar.
anarchismanarkismeSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat fahaman anarki.
anarchismfaham anarki/anarkismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
anarchismfahaman anarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori politik yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dengan memberikan hak kebebasan kepada setiap individu. Sebarang bentuk paksaan atau perintah daripada pihak pemerintah perlu dihapuskan. Fahaman ini menekankan manusia harus bebas bertindak menurut kemahuannya tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Kebajikan dalam masyarakat datangnya daripada kalangan individu masyarakat, bukannya daripada pemerintah atau negara. Asas andaian fahaman ini ialah sifat manusia secara fitrahnya adalah baik. Segala kejahatan atau keburukan dalam masyarakat disebabkan oleh campur tangan pemerintah atau negara. Sinonim anarkisme.

Kembali ke atas