Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anas Hashim Dec 18 2:33PM "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2. "Melepaskan batok ditangga"? Betul ke?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain18.12.2015
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
Ibnu Anas Al-Kutawi Sep 24th, 4:17pm Assalamualaikum. Bila agak-agaknya majalah DBP boleh didapati di pasaran Kelantan?Waalaikumussalam. Untuk maklumat lengkap tentang majalah terbitan DBP, mohon tuan hubungi Encik Azmi bin Ibrahim, Ketua Editor, Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, melalui talian 03-21479449 atau melalui e-mel, azmi@dbp.gov.my. Tuan juga boleh menghubungi Editor Kanan, Encik Mohd Riduan bin Wahab melalui talian 03-21479256 atau melalui e-mel, mriduan@dbp.gov.my.Lain-lain24.09.2014
saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Arah ? terima kasih.Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah katra sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah. tepi belakang tengah dan sebagainya.Tatabahasa08.12.2013
saya Anas chesor sedang belajar bahasa Malayu dasar. di Universiti Fatoni selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang Tatabahasa. apakah Kata seru ? terima kasih.Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa08.12.2013
Andi Muhammad Anas TUES 11:32 Assalamualaikum tumpang tanya. bagaimana saya nak dapatkan pengesahan banner saya untuk kelulusan majlis daerah?Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik portal berkenaan.Lain-lain24.01.2017
saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih.
Pangkal ayat ialah permulaan ayat.  Kata pada pangkal ayat mesti ditulis dengan huruf besar. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk biasa ayat, biasanya subjek berada pangkal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Semua kata nama boleh menjadi subjek dan berada pada pangkal ayat. Penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat. Untuk mendalami tatabahasa Bahasa Melayu tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, 2008 terbitan DBP.
Tatabahasa31.12.2013
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja

Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA

    -  suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu

    -  dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R

 

Tatabahasa16.08.2009
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih.Cara penulisan hadis yang betul:

Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya."
Tatabahasa21.11.2019
12

Kembali ke atas