Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk; 3. bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat; 4. unsur, faktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1 zat yg empat (air, tanah, api, dan angin) yg dipercayai menjadi punca segala yg wujud di alam ini. 2 bahagian yg terkecil drpd sesuatu yg tidak dpt dipecah-pecahkan lagi; unsur. 3 sesuatu (spt fahaman, sifat) yg menjadi sebahagian drpd sesuatu: Dlm kumpulan itu, terdapat ~ yg kurang baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anasir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;

Istilah01.04.2010
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk.

1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih.

2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama.

3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut.  

Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas