Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk; 3. bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat; 4. unsur, faktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.na.sir]/[a.na.sir] | عناصير

Definisi : 1 zat yg empat (air, tanah, api, dan angin) yg dipercayai menjadi punca segala yg wujud di alam ini. 2 bahagian yg terkecil drpd sesuatu yg tidak dpt dipecah-pecahkan lagi; unsur. 3 sesuatu (spt fahaman, sifat) yg menjadi sebahagian drpd sesuatu: Dlm kumpulan itu, terdapat ~ yg kurang baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anasir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissident elements (political)anasir menentang (politik)SejarahTiadaAnasir atau unsur hal-hal yang bersifat menentang atau bercanggah dengan pegangan atau manifestasi sesebuah parti politik.
unionist elementanasir kesatuanSejarahTiadaTiada
determinantpenentuSejarahTiada2. Anasir yang menetapkan atau menentukan kejadian sesuatu itu.,3. Tret atau kompleks dalam kajian arkeologi yang menjadi diagnosis satu unit budaya seperti komponen, aspek dan peringkat perkembangannya.
biosecuritybiokeselamatanPertanianAgroteknologiLangkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan mikrobiologi daripada dicuri atau disalahgunakan oleh anasir yang tidak baik untuk mengancam kesihatan masyarakat. Sinonim biosekuriti.
invocationseru pujaKesusasteraanTiadaJampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri.
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
home affairshal ehwal dalam negeriPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan aspek keselamatan, politik, penjara dan kewarganegaraan. Hal ehwal ini dikawal oleh kementerian atau bahagian yang khusus bagi menjamin kedaulatan negara terpelihara. Bahagian ini diketuai oleh seorang menteri atau setiausaha yang bertaraf menteri dan bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan negara. Ia merupakan bahagian yang sangat penting bagi mencegah sebarang bentuk ancaman, pencerobohan dan anasir subversif. Di kebanyakan negara kedudukan jabatan polis, penjara, imigresen dan jabatan pendaftaran negara adalah terletak dalam kementerian ini.


Kembali ke atas