Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anatomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, ejaan untuk bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologii dan sebagainya, perlu menggunakan huruf besar pada permulaan perkataan? Contoh bidang Anatomi atau bidang anatomi?Nama khas bidang ilmu ditulis dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologi.Ejaan21.09.2022
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
Assalamualaikum, salam sejahtera, sebelum ini saya ada bertanya berkaitan perkataan "jentu" dan "pedunkel". Saya sedia maklum yang "pedunkel" tidak merujuk khusus pada tangkai bunga tetapi juga anatomi pada tubuh badan. Tapi adakah "jentu" di sini boleh merujuk pada "pedunkel" yang ada pada tumbuhan berdasarkan huraiannya iaitu, "jentu" merujuk pada "tangkai yang terbesar pada gubahan bunga" (di mana "gubahan bunga" boleh merujuk pada "infloresens"), sedangkan "pedunkel" pula adalah "tangkai induk yang menyokong infloresens"?Penggunaan kata "jentu" bagi makna "pedunkel" pada tumbuhan perlu dipersetujui dan disepakati oleh pakar bidang tersebut dan pakar bahasa. Walaupun, makna kata ini mempunyai persamaan namun penerimaan dan perakamannya dalam sesebuah kamus perlu mendapat pengesahan pakar.

Cadangan untuk menggunakan kata "jentu" ini dalam penulisan ilmiah atau dalam penyebaran ilmu dan sebagainya adalah baik, namun maknanya perlu diberikan takrifan baharu seperti "pedunkel" yang berbeza daripada makna "jentu" sekarang (terhad kepada makna untuk gubahan bunga; bukan tumbuhan yang asli). 
Makna29.05.2023
Apakah terjemahan "envelope"(salah satu bahagian di dalam belon udara panas? TqPada pandangan kami, padanan terjemahan yang sesuai bagi istilah envelope  dalam anatomi sebuah belon udara panas ialah belon.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2014
Assalamualaikum, Bilakah masa kita menggunakan tanda bacaan (") dan bila pula menggunakan (' ) dalam ayat?Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut:
a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis,
b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains.
c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.
Tatabahasa27.07.2020
Tuan, Saya ingin tanya jika saya menggunakan kesan bunyi untuk permulaan karangan perlukah saya menggunakan tanda petik? Contoh: "Kring! Kring!" Kedengaran bunyi telefon bordering. Terima kasih. Sekian, AnizaTidak perlu kerana tanda petik hanya digunakan untuk beberapa keadaan tertentu. Antaranya:

1) Untuk dialog. Contoh, "Bila sampai?"
2) Untuk judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang digunakan dalam ayat. Contoh, "Remaja Masa Kini"
3) Untuk istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh, Dia sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Karya24.06.2015
Selamat petang, boleh tolong jelaskan penggunaan tanda baca "..." dan '...' . Apakah perbezaannya?Tanda Petikan ("  " ) digunakan untuk  tujuan tertentu seperti:

a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.  Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin.

b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat.  Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.

c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.  Contoh:  Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.


Tanda Petik Tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik.  Contoh:  "Amboi, sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim.
Lain-lain29.09.2014
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan tanda baca. Bilakah tanda baca pembuka dan penutup kata paling tepat digunakan (" ")? Sekiranya kita merujuk tajuk dalam syarahan, adakah perlu menggunakan satu pembuka kata sahaja (') kerana cara ini yang sering digunakan dalam kertas peperiksaan. Sekiranya merujuk tajuk buku atau cerpen, kita perlu menggunakan (" ") bukan? Terima kasih.Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi "orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ")  atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.
Tatabahasa03.08.2012
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
Salam sejahtera. Mohon rujuk lampiran fail kerana soalan tersebut tidak dapat dihantar dalam ruangan soalan.Tanda petik tidak boleh digunakan bagi perkataan tersebut. Berdasarkan buku Gaya Dewan, tanda petik (“…”) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:
  1. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.
    Contoh: “Bila sampai?” tanya Husin
  2. Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.
    Contoh: Rencana yang ditulisnya, “Manusia dan Alam Sekitar” terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains
  3. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
    Contoh: Amin sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini.
Bagi tanda petik tunggal (‘…’) pula, tanda ini digunakan dalam ungkapan atau ayat yang diapit tanda petik. Contohnya, “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baru’, batang hidungnya pun tak Nampak,” sindir Hisyam.

Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 77.

Tatabahasa27.01.2023
12

Kembali ke atas