Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anatomi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANATOMI BANDINGAN

Anatomi bandingan lihat Anatomi.

UMUM 
ANATOMI

Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh-

tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit

daripada perkataan Yunani yang bermakna

“membedah”, kerana pengetahuan anatomi buat

pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan

manusia dan haiwan adalah sangat kompleks

sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada

banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur

haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi

mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu

di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan

membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza.

Embriologi ialah kajian tentang perkembangan

tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat

terawalnya.

UMUM 
SWAMMERDAM, JAN

Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar

anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan

perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil,

terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang

teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli

merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan

usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi

asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian

serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang

mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi

saraf dan otot.

UMUM 
ANATOMI TUMBUHAN

Anatomi tumbuhan, kajian morfologi tumbuhan yang berkaitan dengan organisasi atau sistem struktur dalam dan bentuknya.

BIOLOGIKaedah
MORGAGNI, GIOVANNI BATTISTA

Morgagni, Giovanni Battista (1682–1771),

ahli anatomi dan ahli patologi Itali, dikenali

sebagai ‘bapa patologi anatomi’. Dia menemui dan

menerangkan tentang beberapa penyakit jantung

dan saluran darah. Buku Morgagni, On the Seats

and Causes of Diseases (1761), merupakan

pencapaian penting dalam sejarah patologi (lihat

Patologi).

UMUM 
STUBBS, GEORGE

Stubbs, George (1724–1806), pelukis, pengukir

dan ahli anatomi British yang termasyhur kerana

lukisannya tentang kuda. Dia menulis dan

mengukir ilustrasi bagi Anatomy of the Horse,

yang diterbitkan pada tahun 1766. Stubbs lahir di

Liverpool, England. Dia mempelajari dan kemudian

mengajar anatomi di Hospital York, di Yorkshire.

UMUM 
PLEKSUS

Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian

yang saling terjalin.

UMUM 
APENDIKS

Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang

melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih

penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada

apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan

tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian

pertama usus besar.

UMUM 
BICHAT, MARIE FRANÇOIS XAVIER

Bichat, Marie François Xavier (1771–1802)

ialah pakar bedah, ahli anatomi dan ahli fisiologi

Perancis. Dia ialah ahli sains pertama mengasaskan

anatomi dan fisiologi pada kajian tisu dan bukan

pada organ. Bichat ialah salah seorang pengasas

histologi , kajian tentang struktur halus haiwan

dan tisu sayuran. Dia menggesa penggunaan

autopsi dalam mengkaji penyakit, dan dia sendiri

melakukan lebih daripada 600 autopsi.

UMUM 
MALPIGHI, MARCELLO

Malpighi, Marcello (1628–1694), ahli anatomi

Itali yang terkenal kerana penyelidikannya tentang

struktur tisu manusia. Dia menemui saluran

rerambut, iaitu pembuluh darah kecil yang

membawa darah di antara arteri dan vena.

UMUM 
12

Kembali ke atas