Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.to.mi] | اناتومي

Definisi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anatomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microscopic anatomyanatomi mikroskopiVeterinarPraklinikalPengkajian tisu dan sel dengan menggunakan mikroskop. Anatomi mikroskopi merupakan salah satu cabang bidang anatomi. Anatomi mikroskopi dikenali juga sebagai histologi.
regional anatomyanatomi kawasanVeterinarPraklinikalAnatomi berkenaan bentuk organ dan perhubungan antara satu organ dengan organ lain pada sesuatu bahagian atau kawasan badan. Anatomi kawasan merupakan salah satu asas amalan klinikal dalam diagnosis penyakit. Anatomi ini dikenali juga sebagai anatomi topografi.
comparative anatomyanatomi bandinganVeterinarPraklinikalPengkajian ciri bentuk dan struktur pelbagai spesies haiwan untuk pengelasan. Anatomi bandingan merupakan salah satu cabang daripada bidang anatomi. Melalui pengkajian ini; lembu; kambing; biri-biri dan kerbau dapat dikelaskan sebagai ruminan kerana mempunyai empat perut. Sementara babi dan kuda dikelaskan sebagai monogaster kerana mempunyai satu perut; iaitu perut mudah.
anatomical crownkorona anatomiPergigianTiadaBahagian gigi yang terdiri daripada enamel. Pada asalnya bahagian korona anatomi juga terdapat di bawah paras gusi. Bagi individu yang telah berusia atau mengalami penyakit gusi, paras gusi yang menurun akan mendedahkan keseluruhan korona anatomi.
amelo-cemental junctiontemuan amelo-simentumPerubatanTiadaTemuan enamel di permukaan korona dan simentum di akar gigi, menjadi pemisah korona anatomi dan akar anatomi. Sinonim : garis servikal.
cervical linegaris servikalPerubatanTiadaPertemuan lapisan enamel di bahagian korona dan simentum di bahagian akar yang menjadi sempadan untuk korona anatomi dan akar anatomi.
cemento-enamel junctiontemuan simento-enamelPerubatanTiadaPertemuan lapisan enamel di bahagian korona dan simentum di bahagian akar yang menjadi sempadan untuk korona anatomi dan akar anatomi.
anatomistahli anatomiPerubatanTiadaPakar dalam bidang anatomi.
anatomical positionposisi anatomiSains SukanBiomekanikLihat posisi rujukan anatomi.
anatomical pathologypatologi anatomiPerubatanTiadaCabang patologi yang dikaji dari sudut anatomi.
12345678910...

Kembali ke atas