Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.cam] | انچم

Definisi : ; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugi­kan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (me­nye­babkan berada) dlm keadaan akan meng­alami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah bebe­rapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd orang yg hendak men­dekatinya; terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; keterancaman keadaan terancam; ancaman sesuatu yg mengancam atau di­ancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; pengancaman perihal (perbuatan) meng­ancam: ~ itu dilakukan secara halus; pengancam orang yg mengancam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.cam] | انچم

Definisi : ; mengancam 1 menakut-nakutkan dgn mengadakan sesuatu yg dpt membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak: Penjahat itu ~ hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 2 mendatangkan bahaya kpd; membahayakan. mengancamkan mengancam dgn sesuatu: Ia ~ pisaunya kpd orang yg hendak merompaknya. terancam dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. ancaman sesuatu yg mengancam. pengancaman perihal atau perbuatan mengancam. pengancam orang yg mengancam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ancam


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ancam ketenteraman awamImlan AdabiBacaria20.06.1987
Usah ancam keluarga WeeTiadaHarian Metro21.08.2007
Harimau ancam penghuni Behrang UluFitri AzrinHarian Metro22.04.1992
Fotokopi ancam pasaran bukuHamedi Mohd. AdnanUtusan Malaysia06.01.1996
PPK ancam keluar dari GapenaZahari AffandiMingguan Malaysia30.06.1974
Kassim ancam saman AbimKamal AhmadWatan08.07.1986
Globalisasi ancam karya IslamIImlan AdabiBerita Harian (Sastera dan Budaya)28.05.2001
Takrifkan antihadis ancam keselamatanTiadaUtusan Malaysia21.07.1995
Siswazah menganggur ancam tidak akan undi kerajaanTiadaWatan27.10.1987
Bangsa sendiri ancam bahasa MelayuC RamasamyHarian Metro03.06.1997
1234

Kembali ke atas