Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ca.man] | انچمن

Definisi : sesuatu yg mengancam atau di­ancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ca.man] | انچمن

Definisi : sesuatu yg mengancam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ancaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menaceancamanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahaya yang boleh berlaku sama ada di darat, di laut atau di udara yang boleh memberikan kesan mudarat kepada sesuatu pihak atau negara lain yang berada di sesuatu kawasan atau yang mempunyai kepentingan di kawasan tersebut. Contohnya, kegiatan lanun merupakan satu ancaman yang sering berlaku di kawasan perairan yang boleh mengancam keselamatan kapal dagang dan nelayan. Contoh lain ialah keganasan yang berlaku di sesebuah negara yang mengalami krisis boleh memberikan ancaman ekonomi dan perdagangan terhadap negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan negara berkenaan. Triti antarabangsa yang dibentuk bagi menangani ancaman-ancaman ini, antaranya ialah Konvensyen Undang-Undang Laut PBB dan Konvensyen untuk Menindas Tindakan Salah terhadap Keselamatan Pelayaran Maritim.
threat analysisanalisis ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu agen ancaman untuk mengancam suatu sistem komputer atau sistem maklumat yang ingin dilindungi. Kajian ini juga menilai tahap kemungkinan agen ancaman akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak mekanisme keselamatan. Lihat juga agen ancaman.
passive threatancaman pasifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAncaman yang dilakukan terhadap pemilik data, iaitu pengguna hasad mengugut untuk mendedahkan kandungan data yang dipintas secara terlarang kepada pihak tertentu atau orang ramai. Ancaman ini tidak melibatkan pengubahsuaian data, tetapi hanya pengumpulan data yang terlarang.
threat assessmenttaksiran ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer.
regional securitykeselamatan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKerjasama negara-negara berjiran dalam menghadapi ancaman yang mengugat kestabilan di kawasan tersebut. Keselamatan serantau penting kerana kaitannya secara langsung dengan keselamatan negara. Bagi rantau Asia Tenggara, ancaman yang wujud ialah keganasan, ancaman maritim, dan tuntutan bertindih terhadap pulau dan kawasan perairan. Keselamatan serantau bermaksud ancaman yang wujud tidak menjejaskan hubungan seperti pemutusan hubungan diplomatik dan konflik bersenjata.
positive threatancaman positifSejarahTiadaAncaman yang menggerakkan sesuatu bergerak ke arah keputusan yang lebih positif
location threatancaman lokasiPendidikanTiadaAncaman kepada keesahan dalaman yang mungkin mempengaruhi hasil kajian yang disebabkan oleh ciri-ciri tempat atau lokasi kajian.
testing threatancaman ujianPendidikanTiadaAncaman daripada penggunaan praujian sebelum memulakan kajian. Sebarang perubahan yang ketara dalam pencapaian pascaujian mungkin bukan disebabkan rawatan atau intervensi kajian, tetapi usaha subjek sendiri atas dasar kesedaran mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
implementation threatancaman pelaksanaanPendidikanTiadaAncaman yang berlaku apabila kumpulan eksperimen yang dirawat tidak mengikut prosedur kajian sebenar.
passive threatancaman pasifTeknologi MaklumatTiadaJenis ancaman yang melihat data atau maklumat sulit secara tidak berdaftar.
12345678910...

Kembali ke atas