Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai] | انداي

Definisi : = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ ada­nya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misal­­­an (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ® randai II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andai


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Andai Kau Tahu (Siri Dua)Fathillah AnasSeri Dewi & Keluarga1 February 2007
Andai Masa Dapat Diputarkan KembaliAhmad SafarmanMingguan Wanita20 March 2009
Andai SajaArun IrraBAHANA1 January 2008
Andai Mungkin Bertemu KembaliD.P. MatussinBAHANA1 November 2008
Andai Kupunya WaktuG. BehBAHANA1 June 2008
Andai Cinta Sekuntum BungaMustafa Mat Jubri @ ShamsuddinDewan Sastera1 November 2008
Andai Kau MengertiNazeyRemaja1 October 2008
AndaiSalbiah SallehDewan Sastera1 September 2008
Andai Teja KembaliNissa' YusofDara.Com1 October 2007
Andai Semua Perempuan Itu SyafaahZulhazmi, Abraham ZakkyHorison1 July 2007
123

Kembali ke atas