Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai] | انداي

Definisi : = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin ter­jadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ ada­nya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misal­­­an (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ® randai II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai] | انداي

Definisi : ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypothetical pensionpencen andaiPentadbiranTiadaTiada
risk assumptionrisiko andaiEkonomiTiadaTiada
risk assumptionrisiko andaiinsuransTiadalih. bendungan risiko.
metacentremetapusatKejuruteraanTiadaTitik andai persilangan antara garis yang melalui pusat timbul ketika kapal condong dengan ketika kapal tegak.
margin linegaris jidarKejuruteraanTiadaGaris andai selari yang terletak 76 mm di bawah tepi geladak dinding sekat.
n-body problemmasalah jasad-nMatematikTiadaMana-mana masalah mekanik samawi yang melibatkan penentuan trajektori bagi jisim titik n yang satu-satu saling tindaknya ialah daya tarikan graviti. Jasad di dalam sistem suria boleh dijadikan contoh, andai kata jisim planet ini dan lain-lain bertumpu di pusat jisim masing-masing.
luminositykekilauanMatematikTiadaKecerahan mutlak bintang atau jasad samawi yang lain, yang biasanya dinyatakan dalam kiraan magnitud. Luminositi sesuatu bintang itu ialah nisbah jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari bintang itu berbanding dengan jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari matahari, andai kata bintang dan matahari berada pada jarak yang sama dari kita.
ruba�iruba�iKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan.

Kembali ke atas