Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai.an] | انداين

Definisi : , andai-andaian contoh atau misal­­­an (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai.an] | انداين

Definisi : contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal.Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia.Tatabahasa16.11.2015
Menjemur baju di andaian, atau Menjemur baju pada ampaian Yang mana betul ?Ayat yang betul ialah "menjemur baju pada ampaian".Tatabahasa17.08.2014
Merujuk kepada pertanyaan tentang kata tanya "di mana" yang membawa maksud "which" dan "where", ayat seumpama adalah seperti berikut. Beliau membaut satu andaian di mana keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. Adakah penggunaan "di mana" sesuai bagi atas di atas? Jika tidak sesuai, bolehkah cadangkan apakah frasa atau kata yang boleh digantikan? Sekian terima kasih.Beliau membaut satu andaian, apabila keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. - perkataan apabila menggantikan 'di mana' dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2011
saya ingin bertanya. istilah terkini 2010 bagi perkataan sustainable? Adakah Mampan atau lestari? Saya mengandaikan bahawa istilah terkini sustainable adalah lestari. Adakah andaian saya benar? Contohnya penggunaan ayat proses pemberimilikan tanah lestari atau mampan?Padanan perkataan sustainable dalam bahasa Melayu ialah mampan.Istilah19.03.2010
salam. saya sedikit keliru.ayat yang manakah yang betul. 1- hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. 2- hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. andaian saya, ayat 2 lebih tepat kerana kepada digunakan untuk sasaran manakala ke atas menunjukkan kata arah. namun, kebanyakan berita, artikel dan naskhah2 ilmiah menunjukkan ayat 1 yang betul.

Puan Rohaizah,

Kedua-dua penggunaan kata sendi nama dalam kedua-dua ayat itu  betul kerana  merujuk sasaran, iaitu manusia. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada pengguna bahasa dan kebiasaan penggunaannya.

Tatabahasa24.02.2010
Bagaimanakah cara paling sesuai untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu frasa Inggeris "jumping to conclusions"? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk frasa bahasa Inggeris jumping to conclusions ialah membuat kesimpulan/andaian dgn terburu-buru/tergesa-gesa. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2017
Dalam Dewan Eja Pro (demikian juga PRPM), terdapat beberapa percanggahan dari segi ejaan dan padanan Melayu sesuatu kata Inggeris. Bagi ejaan, saya akan memilih ejaan daripada Kamus Dewan Edisi Empat jika terdapat percanggahan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau Daftar Istilah dengan andaian, "kamus mutakhirlah yang lebih mantap dan berwibawa". Namun, dari segi padanan perkataan pula (tiada dalam Kamus Dewan Edisi Empat), pada hemat saudara, yang manakah perlu saya utamakan; Daftar Istilah atau Kamus Inggeris Melayu Dewan (kerana tidak dapat dipastikan yang mana lebih mutakhir)? Dalam kes perkataan "hexameter", padanan daripada Daftar Istilah ialah "sadmatra" manakala padanan daripada Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah "satmatra". Yang manakah bentuk baku?Sememangnya terdapat perbezaan maklumat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terjemahan yang persis bagi perkataan hexameter ialah sadmatra sepertimana yang digunakan dalam Daftar Istilah dan Istilah Mabbim dan perkataan ini juga ditemukan dalam Kamus Indonesia.Tatabahasa17.06.2013
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih.

1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian".

2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini.

Tatabahasa04.08.2011
salam... saya ingin mengetahui penggunaan istilah yang betul.'Ali makan di dalam pondok' atau 'Ali makan di bawah pondok'. Di dalam atau di bawah?Kedua-dua ayat tersebut betul mengikut konteks.  Dalam ayat pertama, Ali makan ketika dia berada di dalam pondok. Dalam ayat kedua, Ali makan ketika dia berada di bawah pondok (dengan andaian bahawa ada ruang di bawah pondok itu).Tatabahasa24.07.2012
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Tuan/Puan, Mohon pandangan terma bahasa Melayu yang sesuai bagi terma "learned gender assumptions" seperti dalam ayat "feminists claimed that criminal behavior was affected by learned gender assumptions like the endorsement of adversarial sexual script." Terima kasih.Cadangan padanan bagi istilah learned gender assumptions dalam bahasa Melayu ialah andaian gender dipelajari. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.03.2024
12

Kembali ke atas