Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dai.an] | انداين

Definisi : , andai-andaian contoh atau misal­­­an (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dai.an] | انداين

Definisi : contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear modelmodel nukleusKejuruteraanTiadaPenerangan mengenai sifat nukleus berdasarkan andaian-andaian yang dibuat.
science fictionfiksyen sains; cereka sainsKesusasteraanTiadaBentuk cerita khayalan atau fantasi yang mengambil fakta-fakta sains, andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis sebagai dasar cerita.
Bernoulli assumptionandaian BernoulliKejuruteraanTiadaAndaian yang dibuat untuk menerbitkan persamaan Bernoulli. Andaiannya ialah bendalir tidak mempunyai geseran, ketumpatan bendalir tetap dan aliran adalah tetap. Andaian ini benar hanya untuk satu garis aliran sahaja.
assumptionandaianEkonomiTiadaPernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah.
Goudsmit-Uhlenbeck assumptionandaian Goudsmit-UhlenbeckKejuruteraanTiadaAndaian wujudnya spin nukleus yang dibuat oleh Goudsmit dan Uhlenbeck dalam menerangkan sebab-sebab wujudnya spektrum atom berganda.
fixed birth assumptionandaian kelahiran tetapPentadbiran PerniagaanTiadaAndaian dalam kajian kemortalan yang menetapkan bahawa kelahiran berlaku pada satu tarikh yang tertentu.
quasi steady-state assumptionandaian keadaan kuasimantapKejuruteraanKejuruteraan KimiaAndaian dalam sesuatu proses apabila nilai kuantiti tertentu berada dalam keadaan mantap buat seketika sahaja, meskipun proses pada keseluruhannya berubah dengan masa.
pseudo steady-state assumptionandaian dalam keadaan pseudomantapKejuruteraanKejuruteraan KimiaAndaian dalam sesuatu tidak balas apabila kepekatan kompleks perantara yang dihasilkan dan digunakan adalah sama.
main assumption of statistical mechanicsandaian utama mekanik statistikKejuruteraanKejuruteraan KimiaAndaian yang menyatakan bahawa nilai yang dilihat oleh sesuatu sifat atau kelakuan ialah purata ensembel sifat tersebut.
statistical hypothesishipotesis statistikMatematikTiadaSatu andaian atau kenyataan tentang satu populasi atau lebih, yang mungkin benar atau mungkin tidak. Andaian itu diterima atau ditolak melalui ujian hipotesis.
12345678910...

Kembali ke atas