Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , seandainya, andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andainya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut:
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong.
Lain-lain19.05.2012
Adakah ayat berikut betul, andainya salah tolong perbetulkan. 1. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing membersihkan kawasan sekolah. 2. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah bagai aur dengan tebing. 3. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah.Ayat yang betul ialah Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah dan ayat Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan sekolah juga boleh diterima. 
Tatabahasa24.03.2015
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh.1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya.
2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang.
3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori.
4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga.
5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim.
6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar.
7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah.
Tatabahasa02.07.2012
Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee.1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu.
2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee.
Tatabahasa25.06.2012
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana perlu saya hantar untuk semakan?Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memberikan sebarang khidmat penyemakan puisi, tetapi andainya saudara berminat untuk menghantar puisi saudara untuk diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah saudara menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka,  50926 Kuala Lumpur.  Sekiranya kumpulan puisi hantarkan kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain10.05.2010
Soalan ini berbentuk dialog : 1. Selamat pagi, puan. Saya ingin membeli alatan untuk menjahit baju saya yang terkoyak ini. Apakah alatan yang saya perlukan ? Bolehkah dijawab seperti berikut, andainya tidak, tolong perbetulkan. Jawapan : a) Selamat pagi, puan. Alatan yang kamu perlukan ialah benang dan jarum. b) Selamat pagi, puan. Alatan yang diperlukan oleh puan ialah benang dan jarum.Untuk soalan tersebut, kedua-dua jawapan yang diberikan boleh digunakan.Lain-lain14.03.2017
Saya berminat dalam bidang penulisan. Bagaimana boleh saya terbitkan buku dan menjualnya kepada umum?Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana penerbitan di Malaysia, tetapi sekiranya saudara mahu karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, karya tersebut bolehlah dihantar kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur sekiranya sasaran pembaca saudara terdiri daripada orang dewasa, andainya sasaran pembaca saudara terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain15.12.2009
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana saya dapat menyertai DBP sebagai penulis atau karyawan kerana saya amat meminati bidang penulisan puisi dan cerpen. Saya juga ingin menghasilkan novel saya sendiri. Semoga pihak tuan dapat memberi serba sedikit maklumat kepada saya. Terima kasih.

Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur jika sasaran pembaca saudara terdiri daripada orang dewasa, andainya sasaran pembaca saudara kanak-kanak dan remaja, karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekiranya saudara perlukan bimbingan untuk berkarya, saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk maklumat lanjut tentang kursus penulisan yang dikendalikan oleh bahagian tersebut.

Lain-lain03.12.2009
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
Adakah bentuk kata "perlanjutan" wujud dalam Bahasa Melayu? Saya berasa ragu dengan kewujudan kata "perlanjutan" kerana kata "perlanjuan" mewujud dalam Kamus Dewan, tetapi tidak mewujud dalam Kamus Pelajar. Adakah kata "perlanjutan" berasal daripada kata kerja "berlanjutan"? Bukankah kata berapitan peR-...-an hanya berasal daripada kata kerja berawalan ber-? Adakah kata nama peR-...-an berasal daripada kata kerja yang berapitan ber-...-an?Kamus Dewan mengambil data daripada korpus. Hal ini bermakna data yang dirakamkan ditemukan dalam wacana bahasa Melayu. Kata Perlanjutan wujud dalam bahasa Melayu, namun sebagai pelajar rujuklah Kamus Pelajar untuk penggunaan yang betul. Kamus Dewan penting dalam mengungkapkan makna kata, namun andainya ada kekeliruan dalam data kedua-dua kamus, sila rujuk editor Kamus Pelajar melalui e-mel aziah@dbp.gov.my dan editor Kamus Dewan melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa01.01.2015

Kembali ke atas