Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dam] | اندم

Definisi : ; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (meme­pat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya me­nyo­lek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam); bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg keli­hatan letih lesu dgn tidak berpenyakit; berandam 1. memepat rambut di dahi, me­mepat janggut; 2. mempunyai rambut (jang­gut) yg dipepat; mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengan­dam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll); andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~; andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dam] | اندم

Definisi : Mn; ~ karam hilang sama sekali, habis semuanya; mengandam mengurung, memingit; andaman yg dikurung (dipingit), pingitan; anak ~ anak gadis yg dikurung (dipingit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dam] | اندم

Definisi : anak rambut yg dipepat dan disisir baik-baik. berandam 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andam


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
perantan MSrsuatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak.Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas