Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.da.man] | اندمن

Definisi : yg dikurung (dipingit), pingitan; anak ~ anak gadis yg dikurung (dipingit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.da.man] | اندمن

Definisi : hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.da.man] | اندمن

Definisi : hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPULAUAN ANDAMAN DAN NICOBAR UMUM 
PHUKET

Phuket ialah pulau yang terbesar di Thailand. Ia

terletak 885 kilometer ke selatan Bangkok di Laut

Andaman. Phuket dihubungkan ke tanah besar oleh

Jambatan Sarasin. Untuk melihat lokasi Phuket, lihat

Thailand (peta). Phuket ditadbirkan sebagai wilayah

Thailand .

UMUM 
RAPANG KETAM

Rapang ketam ialah burung randuk yang

terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur

hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan

Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini

berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna

hitam.

UMUM 
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
MELAYU MYANMAR

MELAYU MYANMAR, suku kaum yang tinggal di Kepulauan Mergui, Myanmar.  Suku kaum yang terkenal ialah Orang Laut Selung atau dikenal juga sebagai Selone, Selong, Selung, Silong atau Salon.  Kepulauan Mergui terletak di utara laut Andaman dan pantai Tenasserim di selatan Myanmar.  Golongan Selung diketahui menduduki Kepulauan Mergui sejak tahun 1827. Orang Myanmar memanggil mereka orang ‘Pase’.  ‘Pase’ dalam bahasa Myanmar bererti Melayu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEMANG

SEMANG,  suku kaum Orang Asli  yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.  Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi.  Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia.  Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’.  Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’.  Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas