Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dang] | اندڠ

Definisi : suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dang] | اندڠ

Definisi : suluh yg dibuat drpd daun nyiur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN.

1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda.  Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas.

2) Ejaan yang betul ialah titisan.

Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP.

Makna01.06.2009
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas